SOUTHAMPTON 1 ARSENAL 1

Olivier Giroud sekali lagi membuktikan dirinya sebagai 'super-sub' Arsenal apabila menyelamatkan pasukan untuk meraih keputusan seri 1-1 dengan Southampton dua minit sebelum perlawanan berakhir.


Charlie Austin meledak gol pembukaan pada minit ketiga buat skuad bimbingan Mauricio Pellegrino, sekaligus memaksa Arsenal mengejar perlawanan selepas mereka tewas kepada Manchester United 3-1, minggu lalu.

Anah buah Arsene Wenger memberikan asakan dalam mencari gol penyamaan sementara tuan rumah turut berpeluang untuk menggandakan jaringan.

Wenger terpaksa membuat beberapa perubahan dan memasukkan penyerang kebangsaan Perancis, Giroud, dan perancangan tersebut membuahkan hasil apabila berjaya menanduk masuk hantaran silang Alexis Sanchez bagi menyelamatkan maruah The Gunners di Stadium St Mary.

Giroud telah merekodkan 17 gol sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), menyamakan rekod yang dihasilkan oleh Ole Gunnar Solskjaer dan Nwankwo Kanu.