Giroud dedah hampir sertai Everton 

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2017 616
Giroud dedah hampir sertai Everton 
Penyerang Arsenal, Olivier Giroud, mendedahkan dia hampir sahaja menyertai Everton dalam perpindahan musim panas lalu. 

Giroud dikaitkan akan keluar dari kelab London itu kerana jelas sekali rakan sepasukannya di kem Perancis, Alexandre Lacazette, adalah pilihan utama susulan rekod pembelian termahalnya pada Julai lalu. 

Namun, dia memilih untuk kekal dengan Gunners dan melepasi angka 100 gol bersama kelab itu bulan lalu dalam aksi Liga Europa ke atas BATE.

Lyon, Marseille dan West Ham adalah antara kelab yang dikaitkan dengan khidmat Giroud awal tahun ini tetapi dia menyatakan hampir menyertai kelab yang menunjukkan minat mendalam kepadanya, Everton. 

Giroud berkata kepada Canal Plus: "Saya memiliki peluang untuk pergi. Saya begitu hampir untuk ke sebuah lagi kelab Inggeris, Everton, namun saya fikir telah membuat keputusan tepat. 

"Saya sangat menghormati Marseille kerana merupakan peminat mereka selama ini. Saya juga sangat menghormati Lyon yang membuat tawaran sekali. 

"Saya gembira di England, bukan kerana saya tidak suka dengan kelab-kelab itu. Saya belum mahu kembali ke Perancis lagi, mungkin satu hari nanti."

Giroud menegaskan dia mengambil keputusan itu kerana berpendapat urusannya di Arsenal masih belum selesai. 

Giroud belum pernah diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini dengan kesemua tujuh penampilannya adalah selaku pemain gantian. 

Sementara itu, Everton hilang bisa berikutan perpindahan Romelu Lukaku ke Manchester United sehingga hanya mampu mencetak empat gol liga musim ini. 

Dalam perkembangan lain, gol penyerang tinggi lampai itu ke atas Crystal Palace tersenarai antara tiga gol terbaik untuk Anugerah Puskas FIFA 2017. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen