Gerrard tumpang bangga kejayaan Liverpool 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 Jun 2020 1277
 Gerrard tumpang bangga kejayaan Liverpool 
Steven Gerrard mengucapkan tahniah kepada skuad Liverpool yang "hebat" setelah kelab itu ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi. 

Kedudukan skuad asuhan Jurgen Klopp itu tidak lagi boleh dipintas berikutan Manchester City tumbang 1-2 kepada Chelsea di Stamford Bridge.

Ia sekali gus menghadiahkan kejuaraan liga pertama buat kelab dari Merseyside itu sejak 1990 dalam satu pencapaian yang tidak pernah mereka lalui selama 17 tahun ketika Gerrard bergelar pemain. 

Lantas, Gerrard mengucapkan tahniah kepada Liverpool dan Klopp, serta pemilik Fenway Sports Group (FSG).

"Tahniah kepada semua @liverpoolfc kerana berjaya memenangi EPL," kata pengurus Rangers itu di Instagram.

 


"Pencapaian luar biasa daripada barisan pemain yang mengagumkan. Diketuai oleh pengurus dan pasukan kakitangan kejurulatihan termasuk sokongan daripada FSG.

"Dan yang terakhir dan paling penting sekali, peminat telah menunggu selama 30 tahun. Ayuh biarkan pesta bermula."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen