Garcia anggap Silva antara pemain terbaik Sepanyol

Oleh Penulis Jemputan 30 Disember 2017 622
Garcia anggap Silva antara pemain terbaik Sepanyol
Bekas pemain Liverpool dan Barcelona, Luis Garcia, menyifatkan prestasi cemerlang David Silva yang berterusan buat Manchester City musim ini menyaksikan dia berada dalam kalangan pemain terbaik Sepanyol.

City menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 15 mata ke atas pencabar terdekat, Manchester United, dan merekodkan kemenangan 18 perlawanan berturut-turut.

Silva dan Kevin De Bruyne beroperasi di bahagian tengah skuad bimbingan Pep Guardiola dan Garcia tidak terkejut dengan prestasi yang dipamerkan oleh Silva, yang telah menandatangani kontrak lanjutan bersama City bulan lalu.

Tampil beraksi untuk La Roja sebanyak 118 kali dan menjaringkan 35 gol, pemain berusia 31 tahun itu merupakan individu berpengaruh buat skuad bimbingan Julen Lopetegui dalam usaha mencipta kejayaan dalam Piala Dunia Russia 2018 nanti.

"Silva telah menjadi salah seorang pemain terbaik Sepanyol," kata Garcia.

"Saya tidak terlalu terkejut kerana mengetahui kualiti yang dimilikinya.

"Dia merupakan seorang pemain berkualiti dan berkemahiran tinggi.

"Kami sangat suka menyaksikannya beraksi ketika menyarung jersi skuad kebangsaan. Kami sangat bertuah kerana dia juga bermain dengan baik dalam EPL dan ia menjadi bekalan
untuk menghadapi Piala Dunia tahun depan.

"Saya berharap dia akan mengekalkan momentum ini," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen