Foster kekal di The Hawthorns sehingga 2019

Oleh Jon Fisher 24 Disember 2016 0
Foster kekal di The Hawthorns sehingga 2019

Penjaga gol West Brom, Ben Foster, telah menandatangani kontrak baru untuk kekal di The Hawthorns.

Bekas pemain Manchester United itu akan terus menabur bakti buat The Baggies sehingga Jun 2019 selepas menandatangani kontrak selama dua setengah tahun.

Foster mempamerkan aksi yang mantap buat West Brom musim ini dan membantu skuad kendalian Tony Pulis menduduki tangga kelapan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami sangat gembira kerana berjaya melanjutkan kontrak Foster," ujar Pulis di laman web rasmi pasukan.

"Dia mempamerkan aksi yang mantap dan dia akan meneruskan kualitinya bagi memberikan inspirasi kepada penjaga gol yang lain di dalam pasukan."

Foster menyertai West Brom secara pinjaman dari Birmingham pada 2011 sebelum membuat perpindahan tetap 12 bulan berikutnya. Dia telah membuat 161 penampilan dalam semua pertandingan.

Tentang Penulis

Jon Fisher

Komen