Perlawanan hujung minggu ini bermula dengan perlawanan menarik di antara dua pasukan di tangga teratas. Keduanya memiliki pengurus baru pada musim ini. Satu pasukan telah memenangi perlawanan Premier League 7 kali berturut-turut menggunakan tiga centreback bersama dua wingback. Pasukan lawannya pula mendahului liga pada awal musim, tetapi beberapa keputusan seri telah menyebabkan mereka kehilangan kelebihan yang pernah dimiliki.

Semalam, saya diberi peluang untuk muncul dalam rancangan Bual Bola (Astro Awani 501) dan saya meramalkan kemenangan untuk Manchester City 2-1. Nampak seperti ramalan yang ganjil, dan seperti yang dijangkakan, ahli panel lain meramalkan kemenangan untuk Chelsea.

Namun begitu, untuk meraih kemenangan, beberapa perkara perlu berlaku untuk Manchester City:

1. Guardiola perlu menyediakan corak permainan Manchester City mengikut kekuatan pasukannya. Minggu lepas, kita saksikan Pochettino dengan pasukan Spurs berjaya menghentikan Chelsea pada awalnya, tetapi perubahan corak permainan biasa mereka kepada corak a gegenpressing menyebabkan mereka kelihatan penat setelah separuh masa kedua telah lama berlangsung. Guardiola tidak mampu menggunakan taktik yang sama kerana pemain Manchester City tidak mampu bermain begitu selama 90 minit.

2. Yaya Toure sepatutnya tidak bermain untuk perlawanan ini. Ya, dia telah memulakan dua perlawanan terakhir dan menyumbangkan dua gol menentang Crystal Palace dalam perlawanan pertamanya kembali, tetapi harus diingat, itu Crystal Palace. Pasukan yang kebelakangan ini terlalu banyak bolos, hinggakan perlawanan mereka yang terakhir berakhir 5-4, walaupun mereka menang. Chelsea bukan seperti Crystal Palace. Barisan pertahan Manchester City tidaklah begitu kuat, dan mereka memerlukan pertolongan dari midfield. Yaya tidak boleh diharapkan untuk membantu di saat-saat getir.

3. Kevin De Bruyne dan David Silva kembali ke barisan kesebelasan utama, tetapi ini sebenarnya pasti berlaku, Tanpa mereka, berhadapan Burnley, Manchester CIty terpaksa berhempas pulas untuk mempatahkan pertahanan mereka. Satu lagi sebab ialah disebabkan perlawanan Champions League, di mana mereka menentang Borussia Monchengladbach yang berakhir seri 1-1. Manchester City telahpun menjamin penyertaan mereka dalam pusingan kalah-mati Champions League. Ia kini mustahil bagi mereka untuk memintas Barcelona untuk kedudukan pertama dalam kumpulan mereka, jadi tidak perlulah mereka merehatkan pemain utama mereka untuk perlawanan kumpulan terakhir melawan Celtic.

Cuma saya agak hairan mengapa Iheanacho tidak diberikan lebih masa untuk beraksi, walaupun sebagai pemain ganti. Iheanacho sentiasa berpotensi menukar arus permainan sekiranya Manchester CIty terdesak memerlukan gol.

Manakala Chelsea pula, kemungkinan besar akan menggunakan sebelas pemain yang sama yang digunakan dalam perlawanan mereka sebelum ini. Kante dan Matic perlu berfokus tinggi menghadapi serangan pasukan kekuatan penuh Manchester City.

Fikiran akhir pilihan pemain liga fantasi


Perlawanan awal hari Sabtu biasanya tidaklah mengandungi jumlah gol sehebat mana. Sekiranya anda belum mendapatkan pemain Chelsea atau Manchester City, mungkin lebih baik memilih pemain seperti Harry Kane (Spurs) atau Jermain Defoe (Sunderland) yang menghadapi pasukan yang lebih lemah.

Kevin De Bruyne, bekas pemain Chelsea, akan diharapkan untuk menjadi kunci membuka pertahan Chelsea. Untuk Chelsea pula, Costa akan diharapkan, tetapi kemungkinan besar Costa akan akhirnya mendapat kad kuning ke-lima yang telah lama menunggunya.

Selamat menonton semua, jangan lupa malam ini, saksikan di Astro Supersport 3, Channel 816, 8:30pm!