Tammy Abraham telah diperingatkan oleh pengendali Chelsea, Frank Lampard, untuk fokus kepada prestasinya yang goyah berbanding mendapatkan kontrak baru.

Abraham membuat permulaan yang hebat pada permulaan musim 2019-20, menjaringkan 12 gol sementara turut cemerlang apabila meledak gol sulung bersama skuad England.teratas sebelum pergantian tahun ini, sementara juga menjaringkan gol buat pertama kalinya di peringkat senior antarabangsa dengan England.

Namun, pemain berusia 22 tahun itu tidak gagal meledak sebarang gol sejak 11 Januari dan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama sejak saingan bersambung ekoran penangguhan yang berpunca kerana koronavirus.

Ketibaan Timo Werner yang belum selesai dari RB Leipzig semakin menyulitkan Abraham, yang masih belum memetarai perjanjian jangka masa panjang bersama Chelsea yang akan berakhir Jun 2022.

"Saya fikir kontrak Tammy, kami tidak berada di tahap kritikal dengannya dan saya akan membenarkan antara dia dan kelab untuk membincangkan hal itu," kata Lampard.

"Saya berasakan itu bukan sesuatu yang ada di fikirannya.

"Yang perlu ada dalam fikirannya sekarang adalah perlawanan yang perlu dihadapi dan berapa banyak usaha yang dapat dia berikan kepada kami di atas padang, sama ada dia akan masuk sebagai pemain gantian atau memulakan perlawanan.

"Dia telah menjalani musim yang sangat bagus. Dia tidak mencetak banyak gol pada separuh kedua musim ini dan, sebagai pemain muda, ini merupakan tempoh yang perlu dihadapi dan hanya ada satu jalan keluar.

"Usaha yang berterusan dan diulangi di tahap terbaik -- setiap saat anda berusaha akan memanfaatkan diri sendiri dan pasukan.

"Saya berasakan itu yang diperlu dilakukan oleh Tammy. Kontrak baru akan memastikan dia akan terus kekal bersama pasukan ini. Dia hanya perlu fokus untuk memberi prestasi yang cemerlang seperti permulaan musim ini, yang memberikan banyak masalah kepada pemain pertahanan lawan."