Ferran Torres sah milik City

Oleh Ammar Hakim 5 Ogos 2020 225
Ferran Torres sah milik City
Manchester City telah menandatangani pemain sayap berusia 20 tahun, Ferran Torres, dari Valencia.

Berdasarkan Stats Perform News, pemain skuad B-21 Sepanyol itu berhijrah ke City dengan yuran perpindahan bernilai GBP21.1 juta.

Citytelah dikaitkan dengan beberapa pemain sayap muda selepas Leroy Sane berpindah ke Bayern Munich bulan lalu, dengan Torres hadir menandatangani kontrak jangka masa panjang di Stadium Etihad.

Walaupun dilihat atas tidak memiliki kemampuan yang sama dengan Sane, Pep Guardiola dan City percaya mereka sangat bertuah untuk mendapatkan Torres, yang turut berjaya menarik minat perhatian Barcelona, Juventus dan Liverpool.

"Saya sanga gembira kerana menyertai City," kata Torres. "Semua pemain mahu terlibat dalam pasukan yang memiliki pendekatan menyerang dan Manchester City merupakan salah sebuah pasukan yang kerap melakukan serangan dalam dunia bola sepak.

"Pep menggalak saingan yang terbuka, gaya permainan yang agresif, di mana apa yang saya minat, dan dia seorang pengurus yang terbukti dapat meningkatkan mutu pemain. Berkhidmat untuknya adalah satu impian bagi saya."

Torres merupakan salah seorang prospek Sepanyol selepas hadir menerusi akademi Valencia dan membuat penampilan sulung pada usia 17 tahun pada 2017.
   Pemain sayap berbakat itu mampu beraksi di bahagian kiri atau kanan, namun kerap turun di bahagian kanan ketika bersama Valencia bagi musim 2019-20.

Selepas membuat 24 penampilan bagi musim 2018-19, Torres meraih pendedahan yang lebih kerap musim ini selepas mengambil kesempatan di sebalik kecederaan yang dialami Goncalo Guedes.

Dia telah meledak empat gol dan melakukan lima bantuan jaringan dalam LaLiga, sementara jaringannya ke atas Lille dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) November lalu menjadikan dirinya sebagai pemain pertama yang lahir pada tahun 2000 untuk menemui jaringan buat kelab Sepanyol.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen