Fernandes ingatkan Solskjaer kepada Scholes, Veron

Oleh Ammar Hakim 24 Februari 2020 610
Fernandes ingatkan Solskjaer kepada Scholes, Veron
Persembahan Bruno Fernandes ketika Manchester United menang 3-0 ke atas Watford memiliki persamaan dengan Paul Scholes dan Juan Sebastian Veron, menurut pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer teringat kepada kemampuan Veron melakukan hantaran jarak jauh dan teknik dimiliki Scholes selepas Fernandes menjaringkan gol pembukaan dan di sebalik gol yang disumbat oleh Anthony Martial dan Mason Greenwood.

Kemenangan itu merupakan yang pertama buat Fernandes di Old Trafford selepas berhijrah dari Sporting CP, dan Solskjaer berkata persembahannya menyelesaikan masalah jentera serangan pasukan.

"Saya berasakan kami telah mendapatkan pemain yang berkualiti," kata Solskjaer. "Fernandes kini menjadi milik United dan beraksi cemerlang sekaligus meningkatkan kualiti pasukan.

"Bukan hanya untuk pemain, anda dapat melihat penyokong yang sudah terbiasa menyaksikan pemain-peman yang memiliki personaliti, mentaliti dan kualiti. 

"Daripada hari pertama, dia telah memberikan impak kepada pasukan. Dalam latihan pertama, kerap meminta hantaran daripada rakan sepasukan. Sesetengah pemain memerlukan masa untuk memanaskan badan, tetapi dia yakin dan mampu menampilkan kualitinya.

"Fernandes memiliki kualiti seperti Veron dan Scholes. Seorang pemain tengah yang mampu melakukan segala-galanya, sama seperti Veron dan Scholes.

"Salah satu perkara positif mengenai Fernandes adalah dia mengambil risiko yang sama seperti Veron. Saya gemar bermain bersama Veron kerana anda dapat melakukan larian dan dia akan membuat hantaran."
 
Kreativiti jentera tengah menjadi masalah Solskjaer musim ini, terutama kehilangan khidmat Paul Pogba ekoran kecederaan dan masalah prestasi Jesse Lingard.

Solskjaer berkata tugasan Fernandes bukan hanya terarah membantu barisan penyuerang, tetapi berharap dia mampu menjadi sebahagian daripada masa depan pasukan tersebut.

"Fernandes kini bersama United dan dia telah melengkapkan pasukan," katanya. 

"Kami menandatangani Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka, yang telah menampilkan aksi cemerlang, dan kini memiliki seorang pemain nombor 10 yang berkesan. Saya berharap dia dapat meneruskan aksi cemerlang."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen