FA lanjutkan saingan EPL

Oleh Ammar Hakim 19 Mac 2020 56
FA lanjutkan saingan EPL
Persatuan Bolasepak England (FA) telah bersetuju untuk melanjutkan musim 2019-2020, sementara memanjangkan penggantungan semua liga sehingga sekurang-kurangnya sehingga 30 April.

Minggu lalu, FA telah menghentikan saingan EPL, Liga Bolasepak Inggeris, pertandingan domestik dan perlawanan profesional wanita ekoran penularan wabak Covid-19 yang menggugat dunia sukan.

Peraturan dan undang-undang badan induk itu menyatakan saingan liga 'perlu berakhir tidak lebih daripada 1 Jun' tetapi lembaga FA telah mengesahkan musim ini akan diteruskan walaupun melepasi tarikh tersebut bagi menyelesaikan saingan liga.
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen