Everton raih kemenangan kedua

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2017 1679
Everton raih kemenangan kedua
EVERTON 2 HUDDERSFIELD 0

Sam Allardyce berpuas hati dengan keazaman Everton ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town di Goodison Park, semalam.


Bekas pengurus England itu secara rasmi menggantikan tempat Ronald Koeman, Khamis lalu. Walaupun gagal mengulangi kejayaan membenam West Ham 4-0, mereka sekurang-kurangnya meneruskan rentak kemenangan buat kali pertama musim ini.

Gylfi Sigurdsson dan Dominic Calvert-Lewin muncul peledak gol pada babak kedua dan Allardyce berharap ia akan menjadi pemangkin buat The Toffees bangkit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Stadium ini sangat menarik, melihat sekelilingnya dan saya disambut baik di sini," katanya.

"Kemudian ia mengenai persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain dan meraih keputusan dalam perlawanan ini.

"Dalam babak kedua, mereka benar-benar mahu mencipta kemenangan dan ia berhasil.

"Kami telah berjaya tidak dibolosi dalam ketiga perlawanan.

"Saya mempelajari skuad ini mampu mencipta kebangkitan," katanya.

Allardyce turut menjelaskan beliau mahu memperkuatkan pasukan ketika jendela perpindahan bulan depan, dan dalam masa sama, mahu Ross Barkley kembali beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

"Saya tahu di mana kekurangan kami. Saya tidak tahu pemain-pemain yang bakal menyertai kami.

"Saya mahu pemain-pemain yang masih dibelenggu kecederaan segera pulih dan mampu beraksi untuk Everton. Barkley telah kembali bersama kami, dia memiliki kualiti sangat baik untuk pasukan," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen