Pemain pertahanan Crystal Palace, Damien Delaney, percaya Everton memperolehi mata daripada keputusan yang silap oleh pengadil ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan 1-1 di Goodison Park, malam tadi.

Christian Benteke berjaya menyelamatkan pasukan pelawat dengan melakukan tandukan, empat minit selepas separuh masa kedua bermula, tetapi jaringan awal Everton mengecewakan Delaney.

Pemain pertahanan Ireland itu dihukum kerana mengangkat kaki dengan tinggi terhadap Phil Jagielka -- yang sedang menguasai bola -- di luar kawasan penalti, dengan Romelu Lukaku menjaringkan gol hasil daripada sepakan percuma yang diterima, tetapi Delaney berasakan pemain Everton itu bertuah.

"Saya berasakan saya telah menarik kembali kaki saya dan Jags [Jagielka] menghulurkan kepalanya ke bawah, ke arah bola," katanya kepada Sky Sports.

"Secara jujurnya, ia merupakan satu kekasaran, dan ia telah menghukum kami dengan jaringan Lukaku. Tetapi kami mempunyai semangat dan berjaya untuk bangkit menyamakan kedudukan."

Delaney menyatakan bahawa Palace perlu melakukan lebih lagi untuk menghentikan sepakan percuma Lukaku, bagaimanapun, kerana benteng mereka kekal statik, dan memilih untuk tidak melompat mengikut arahannya.

"Ia merupakan keputusan saya sama ada untuk melompat ataupun tidak, namun ia merupakan keputusan yang salah."