Eriksen harap Sterling, De Bruyne kekal di City

Oleh Nafis Abdullah 12 Jun 2020 225
Eriksen harap Sterling, De Bruyne kekal di City
Sven-Goran Eriksen menggesa Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne untuk kekal di Manchester City dan menolak minat Real Madrid.

Minggu ni, City telah menghantar rayuan terhadap hukuman penggantungan dua tahun daripada saingan UEFA selepas didapati melanggar peraturan Kewangan Adil (FFP).

Ia membuatkan City membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan tetapi keputusan tidak akan diraih sehingga bulan depan, tempoh di mana City bakal kehilangan status juara Liga Perdana Inggeris kepada Liverpool.

Jika City terlepas dua saingan Liga Juara-Juara, ia tampak akan memberi tamparan kepada pemain berprofil tinggi dan berpindah ke pasukan lain.

Real sering dikaitkan dengan Sterling sambil De Bruyne memberi bayangan akan mempertimbangkan masa depannya.

Bagi Eriksen, kedua-dua pemain itu berhak memilih haluan sendiri tetapi menegaskan mereka telah beraksi di peringkat tertinggi domestik bola sepak.

"Mereka akan menyarung jersi Real jika mahu tetapi saya akan kecewa," katanya.

"Saya tidak tahu, saya harap mereka kekal di England. Apabila anda melihat semula, selama beberapa tahun, Liga Perdana Inggeris adalah yang terbaik di dunia dan paling popular.

"Liga lain memang bagus tetapi berapa ramai orang menyaksikan bola sepak Sepanyol jika bukan Barcelona, Real atau mungkin Atletico Madrid? 

"Bundesliga, ia menjadi situasi sama melibatkan Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Di England, ia berbeza kerana semua pasukan boleh memberi cabaran. Ia aksi bola sepak yang bagus dan sentiasa sengit."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen