EPL: Leeds United bawa masuk pemain muda Wigan Athletic

Oleh Muzaffar Musa 11 Ogos 2020 272
EPL: Leeds United bawa masuk pemain muda Wigan Athletic
Joe Gelhardt akan menyertai pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Leeds United, daripada Wigan Athletic, demikian disahkan kelab berkenaan.

Penyerang muda itu menandatangani kontrak selama empat tahun dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Selepas melakukan penampilan pertama bersama Wigan pada 2018, Gelhardt tampil sebanyak 19 kali dalam kesemua kejohanan buat skuad The Latics itu musim ini dan menjaringkan satu gol.

Gelhardts menjadi pembelian keempat Leeds dalam jendela perpindahan kali ini selepas Jack Harrison kembali dengan pinjaman daripada Manchester City sementara Helder Costa dan Illan Meslier menandatangani kontrak secara tetap.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen