Manchester United 'sudah pasti' memburu rekod Liga Perdana Arsenal yang mencatat rentetan kemenangan tanpa kalah di tempat lawan, menurut Fred.

Kemenangan 3-1 di Tottenham awal bulan ini menyaksikan United kini 23 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan.

Ia meletakkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu seiring dengan rekod The Gunners pada 2001-02, namun masih ketinggalan lima perlawanan bagi mengejar rekod kelab London utaran itu bermula musim 2003-04.

Red Devils kembali turutn beraksi bertemu Leeds United, pasukan yang diatasi mereka 6-2 di Old Trafford Disember lalu.


Ketika ditanya membuat rekod baru dalam radar United, Fred berkata, "Sudah pasti, kami melihat angka yang sangat penting dalam bola sepak hari ini.

"Kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam perlawanan... kami selalu melakukannya, memberikan yang terbaik untuk satu perlawanan demi perlawanan.

Kami berada di tempat yang bagus di tempat lawan. Kami sudah menang, ini adalah satu rekod yang bagus, saya harap kami dapat mengekalkan kemenangan ini di tempat lawan hingga akhir musim.

"Saya juga berharap kami dapat memperbaiki penampilan di tempat sendiri, kami sudah banyak meningkat sejak awal musim. Saya rasa kami dapat meneruskan rekod ini dan menyelesaikan musim dengan cemerlang."