David de Gea mengatasi rekod Peter Schmeichel selaku pemain import paling banyak beraksi buat Manchester United.

Penjaga gol berbangsa Sepanyol itu turun dalam penampilannya yang ke-399 ketika skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu menewaskan Aston Villa 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.

Ia menyaksikan De Gea, yang menyertai United daripada Atletico Madrid pada 2011, mengatasi penjaga gol legenda, Schmeichel, dalam senarai sepanjang zaman kelab itu.

De Gea, 29, bagaimanapun, masih terlalu jauh untuk mengatasi rekod Ryan Giggs selaku pemain baling banyak melakukan penampilan buat United tanpa mengira kewarganegaraan.

Legenda berbangsa Wales itu menamatkan kariernya di Old Trafford selepas mengumpulkan 963 penampilan.