EPL cadang wujudkan Dewan Kemasyhuran

Oleh Staff Writer 28 Februari 2020 257
EPL cadang wujudkan Dewan Kemasyhuran
Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan perancangan untuk mewujudkan Dewan Kemasyhuran sebagai usaha mengangkat pemain bintang masa lalu.

Saingan tertinggi di England itu akan menamakan calon-calon awal pada 19 Mac depan apabila senarai pendek calon-calon diumumkan bagi membolehkan peminat untuk membuat pilihan.

Dalam satu kenyataan, Liga Perdana berkata Dewan Kemasyhuran itu "akan diiktiraf bagi meraikan kemahiran dan bakat yang luar biasa dalam kalangan pemain yang telah memenangi pertandingan itu sejak diperkenalkan pada 1992".

Mereka juga menambah: "Keahlian Dewan Kemasyhuran Liga Perdana Inggeris akan menjadi penghormatan individu tertinggi yang diberikan kepada pemain."

Hanya pemain yang bersara layak untuk mendapat tempat dalam Dewan Kemasyhuran sambil penilaian terhadap bekas pemain itu akan diambil kira dalam tempoh lima tahun karier mereka.

Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters, berkata: "Sejak tahun 1992, Liga Perdana telah menjadi laman kepada pemain bertaraf dunia yang menjadi bukti kepada generasi mereka dan saban musim ia menghidangkan bola sepak yang menarik.

"Tempat dalam Hall of Fame Liga Perdana akan dikhaskan untuk pemain terbaik. 

"Ia kesempatan buat peminat-peminat kami di seluruh dunia untuk mengimbas semula tahun-tahun sebelumnya dan membantu kami meraikan beberapa pemain yang mempunyai kerjaya luar biasa."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen