EPL: Bintang Liverpool Sadio Mane positif COVID-19

Oleh Muzaffar Musa 3 Oktober 2020 692
EPL: Bintang Liverpool Sadio Mane positif COVID-19
Sadio Mane telah disahkan positif koronavirus dan sedang menjalani pengasingan kendiri, demikian disahkan pasukannya, Liverpool.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkata Mane telah menunjukkan sedikit gejala dan akan menjalani kuarantin untuk waktu yang ditetapkan, sekali gus tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Aston Villa awal pagi Isnin ini.

Perlawanan berikutnya buat Liverpool selepas waktu rehat antarabangsa adalah pertemuan 'derby' Merseyside menentang Everton pada 17 Oktober ini.

Mane merupakan pemain kedua skuad The Reds itu yang disahkan dijangkiti COVID-19 selepas tonggak baru, Thiago Alcantara, juga didapati positif minggu ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Liverpool berkata: "Sadio Mane telah diuji positif COVID-19 dan sedang menjalani pengasingan kendiri berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

"Penyerang itu, yang bermula dan menjaringkan gol ketika menewaskan Arsenal 3-1, menunjukkan sedikit gejala virus berkenaan tetapi berasa sihat secara keseluruhannya.

"Bagaimanapun, sama seperti Thiago Alcantara, Kelab Bolasepak Liverpool akan -- dan akan terus -- mengikut setiap protokol berkaitan COVID-19 dan Mane akan mengasingkan diri bagi tempoh yang ditetapkan."

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen