Enrique gemar lihat United cabar takhta Liverpool

Oleh Ammar Hakim 15 Januari 2021 1470
Enrique gemar lihat United cabar takhta Liverpool
Bekas bek-kiri Liverpool, Jose Enrique, gembira melihat Manchester United kembali selaku pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) -- selagi penyandang juara itu dapat mempertahankan gelarannya.

The Reds ketinggalan tiga mata di belakang United menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan di Anfield.

United tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan liga berdepan Liverpool, tewas dua kali ketika berkunjung ke Anfield, tetapi ini merupakan pertemuan kali pertama mereka mendahului saingan liga sejak tahun 2013, apabila Alex Ferguson memastikan mereka adalah pemenang terbanyak saingan liga Inggeris.

Liverpool baru sahaja memenangi sekali dan dua kali dinobat sebagai naib juara, sementara United hanya sekali berada di kedudukan dua terbaik.

Bagaimanapun, bekas pertahanan, Jose Enrique, yang beraksi untuk The Reds dari 2011 hingga 2016, percaya ia adalah persaingan sihat antara dua kelab bagi mencabar puncak liga.

"Bagi saya, jika saya mahu jujur kepada anda, saya suka melihat United bergelut, tetapi saya juga gemar melihat mereka mencabar gelaran jika Liverpool akan bergelar juara," katanya.

"Pada akhirnya, perkara yang sama akan terjadi, dua kelab utama akan mencabar gelaran, United dan Liverpool adalah dua kelab yang paling berjaya di pentas liga Inggeris, ia adalah realitinya.
 
"Sudah pasti Manchester City akan mengunakan kuasa membeli pemain dan kini Everton. Ya, ia amat baik dan bagus, tetapi Manchester United dan Liverpool sentiasa berada di tahap ini, jadi ia merupakan sesuatu yang baik menyaksikan mereka bersaing merebut kejuaraan yang sama.

"Ketika Sir Alex Ferguson memimpin United, Liverpool agak bergelut, jadi situasi sekarang adalah seimbang buat kedua-dua pasukan.

"Ia merupakan perkara yang cukup baik disaksikan apabila mereka akan bersaing dan akhirnya Liverpool akan menamatkan saingan dan memenangi liga, semestinya."



 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen