Ketua jurulath Arsenal, Unai Emery, mendedahkan Danny Welbeck mengalami kecederaan patah buku lali dan telah menjalani pembedahan.

Welbeck mengalami kecederaan itu ketika berdepan Sporting CP dalam saingan Liga Europa (UEL) dan Arsenal mengesahkan pemain itu masih lagi berada di hospital sehari selepas perlawanan.

Bercakap dalam sidang media selepas seri 1-1 dengan Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates, Emery mengesahkan Welbeck telah menjalani pembedahan buku lali.

"Welbeck mengalami kecederaan yang serius," kata Emery. "Kami telah menghubunginya semalam dan hari ini.

"Kami memberi sokongan kepadanya. Saya berasakan dia bakal direhatkan untuk jangka masa yang panjang."

Welbeck turut tersenarai dalam skuad The Three Lions untuk aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat dan aksi Liga Negara-Negara UEFA berdepan Croatia minggu ini tetapi penyerang itu kini berdepan proses pemulihan yang sangat panjang.

Dengan kontrak Welbeck yang bakal berakhir pada penghujung musim ini, Emery menegaskan dia akan sempat pulih untuk kembali beraksi bagi musim ini.