Philippe Coutinho berhasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut ejennya, Kia Joorabchian.

Coutinho merupakan bintang di Liverpool, namun gagal mengukuhkan tempatnya di Barcelona susulan perpindahan bernilai €145 juta (RM694.7j) pada Januari 2018.

Pemain Brazil itu kemudian menyertai Bayern Munich secara pinjaman Ogos tahun lalu apabila telah mencetak lapan gol dalam 22 penampilan di Bundesliga.

Berikutan kecederaannya yang dialaminya, Bayern seakan-akan enggan meneruskan tempoh pinjamannya dan memilih untuk tidak mengaktifkan klausa pembelian sebanyak €120j (RM574.9j) sekali gus menarik minat kelab EPL termasuk Tottenham, Arsenal dan bekas Liverpool.

Joorabchian, yang turut mewakili rakan senegara pemain kreatif itu, iaitu David Luiz dan Willian, mengesahkan pemain berusia 27 tahun tersebut ingin kembali ke England.

Mais 1 dia, menos 1 dia... #gratidao ????????

A post shared by Philippe Coutinho (@phil.coutinho) on



"Dia berhasrat untuk kembali ke EPL," katanya kepada Sky Sports.

"Mungkin ia akan berlaku berlaku tahun ini, atau juga mungkin juga tidak tetapi kami belum pasti. Kami sebenarnya belum membincangkan apa-apa lagi buat masa ini."

Bagaimanapun, Joorabchian menegaskan bahawa perbincangan dengan Barca yang kononnya meletakkan tanda harga €78j (RM373.7j ) ke atas pemain itu atau yuran pinjaman sebanyak €10j (RM47.9j) adalah jauh meleset.

"Saya tidak pernah mendengar sebarang angka yuran, kami tidak pernah membincangkannya, ia tidak pernah diutarakan," tambahnya.