Brentford terus menghambat dua pasukan teratas Liga Kejuaraan (EFL) untuk menunda pesta promosi yang mungkin dirancang Leeds United selepas mengalahkan Preston North End.

Berikutan pertemuan West Brom dan Fulham semalam menghasilkan keputusan seri, Brentford memanfaatkan kemenangan 1-0 di Griffin Park, sehari kemudian.

Kemenangan kelapan berturut-turut -- tujuh daripadanya dilakar sejak krisis COVID-19 yang menangguhkan kempen musim ini -- untuk memberi tekanan kepada West Brom yang menghuni tempat kedua dan menyekat hajat Leeds untuk mengesahkan kemaraan ke Liga Perdana Inggeris (EPL).


Anak buah Marcelo Bielsa mendahului saingan dengan 84 mata, dua mata dipisahkan dengan pencabar terdekat, West Brom.

Perlawanan lain menyaksikan tiga keputusan terutama di Nottingham Forest dan Birmingham City yang menyaksikan tuan rumah masing-masing memungut mata berharga ketika mengikat Swansea City dan Charlton Athletic.