Djenepo mahu jadi pengganti Mane

Oleh Ammar Hakim 4 Jun 2020 280
Djenepo mahu jadi pengganti Mane
Penyerang Southampton, Moussa Djenepo, berharap dapat menjadi 'pengganti Sadio Mane' kerana dia mengambil inspirasi daripada bintang Liverpool itu.

Djenepo, 21, berpindah menyertai The Saints dari Standard Liege dengan yuran perpindahan GBP14 juta tahun ni, dan telah menjaringkan dua gol dan memberikan dua bantuan jaringan dalam 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum musim ditangguhkan kerana wabak coronavirus.

Mane menghabiskan dua musim di St Mary sebelum berhijrah ke Liverpool pada 2016 dan pemain antarabangsa Senegal itu telah berkembang menjadi salah satu penyerang terbaik dunia.

Djenepo menggunakan Mane sebagai inspirasi dan pemain antarabangsa Mali itu berharap dia dapat melebihi apa yang telah dicapai bintang Liverpool itu.

"Sadio adalah inspirasi besar bagi saya. Saya suka dia, dia pemain yang sangat besar," katanya kepada talkSPORT.

"Tetapi saya fikir saya boleh menjadi lebih baik daripada dia jika saya bekerja keras. Mane adalah pemain yang sangat besar, dan saya masih muda dan saya perlu belajar lebih banyak.

"Di masa depan kita akan melihat. Saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadi Sadio Mane seterusnya."

Mane telah menjaringkan 14 gol dan memberikan tujuh bantuan jaringan dalam 26 perlawanan EPL musim ini.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen