Dier mahu lebih ramai pemain muda England beraksi di luar negara

Oleh Staff Writer 20 November 2018 1315
Dier mahu lebih ramai pemain muda England beraksi di luar negara
Eric Dier mahu melihat lebih ramai pemain England mengikut jejak langkah Jadon Sancho menimba pengalaman di luar negara.

Sancho telah memenangi tiga penampilan peringkat senior bersama England walaupun baru berusia 18 tahun selepas melakukan impak bersama pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund, musim ini.

Pemain sayap itu, yang meninggalkan Manchester City untuk berhijrah ke Jerman pada 2017, telah melakukan enam bantuan jaringan dan menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan.

Rakan senegaranya, Reiss Nelson, yang dipinjamkan ke Hoffenheim dari Arsenal, telah menjaringkan enam gol dalam Bundesliga dan Dier mampu melihat perkara positif yang boleh diraih barisan pemain muda England yang merantau, sama sepertinya ketika berhijrah ke Portugal sebelum ini.

"Saya berharap lebih ramai yang mengikut jejak langkah Sancho," katanya.

"Ia amat penting dalam perkembangan permainan mereka.

"Dia keluar daripada zon selesa dengan meraih pengalaman di negara lain. Ia adalah pengalaman yang penting untuk memperkembangkan mutu permainan."

Dier hadir menerusi akademi Sporting CP dan tinggal di Portugal sejak berusia tujuh tahun.

Pemain tengah Tottenham itu bakal kembali ke negara tersebut pada Jun tahun depan bersama England selepas mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara apabila menewaskan Croatia di Wembley kelmarin.

"Ia merupakan pertama kali saya kembali ke sana, ia akan menjadi perasaan yang istimewa."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen