Amad Diallo menyasarkan kejayaan di pentas Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara (UCL) selepas menyempurnakan perpindahan menyertai Manchester United.

United bersetuju untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun dari kelab Serie A, Atalanta, Diallo Oktober lalu dan dia telah tiba di kelab Rabu lalu.

Dia menandatangani kontrak sehingga Jun 2025 dengan pilihan untuk dilanjutkan bagi tempoh satu tahun dan memiliki cita-cita yang tinggi di Old Trafford.

"Saya agak gemuruh kerana ini adalah permulaan baru bagi saya tetapi memenangi EPL dan UCL bersama Manchester United. Itu sasaran saya," kata Diallo.

"Ia telah menjangkaui harapan saya untuk menyertai kelab ini. Saya sangat teruja untuk bermula bersama Manchester United. Ia adalah impian menjadi kenyataan bagi saya."

Diallo membuat penampilan sulung untuk Atalanta pada Oktober 2019 tetapi telah meninggalkan kelab selepas membuat lima penampilan dalam semua pertandingan -- dia sekadar beraksi 35 minit sebelum kelab Itali itu mengumumkan perpindahannya.