Ole Gunnar Solskjaer berkata Amad Diallo telah menampilkan impak yang berkesan dalam sesi latihan dan dijangka bakal diberikan penampilan sulung bersama Manchester United tidak lama lagi.

Pemain berusia 18 tahun itu telah menyempurnakan perpindahan ke United dari Atalanta, di mana pada asalnya telah dipersetujui pada Oktober, bulan ini.

Diallo tidak beraksi secara kompetetif untuk Atalanta, hanya turun sebagai pemain gantian dalam beberapa perlawanan.

Tetapi Solskjaer berpuas hati dengan cara pemain itu menyesuaikan diri setakat ini dan mencadangkan dia bakal turun beraksi bersama skuad utama dalam tempoh terdekat.

Solskjaer sebelum ini memuji persembahan latihan Diallo dan melangkah lebih jauh menjelang perlawanan Rabu bersama Fulham.

"Bagus sekali," kata Solskjaer.

"Dia bijak mengendalikan bola, dia telah menikmati latihan, membuat perbezaan dalam latihan, yang cukup luar biasa pada usianya.

"Beberapa penyesuaian yang bakal dilakukan dan saya menjangkakan tidak lama lagi dia akan beraksi bersama pasukan utama."


Ketika ditanya apakah mungkin empat atau lima minggu hingga debutnya, Solskjaer berkata, "Mungkin lebih cepat daripada jangkaan awal, dia sudah mula menyesuaikan diri.

"Pemain-pemain menerimanya dengan baik, seorang yang memiliki perwatakan yang bagus, sopan dan sentiasa bekerja keras.

"Dia telah mula menyesuaikan diri tetapi memerlukan masa untuk betul-betul mendapatkan rentak dalam pasukan."