Mauricio Pochettino bakal ketiadaan khidmat pemain tengah, Mousa Dembele, ketika menerima kunjungan Hull City kerana mengalami kecederaan kaki.

Dembele terpaksa meninggalkan padang pada separuh masa kedua ketika Spurs tewas 1-0 kepada Manchester United pada Ahad.

Pemain kebangsaan Belgium itu menyertai Erik Lamela dan Vincent Janssen di bangku simpanan ketika The Tigers bertandang ke White Hart Lane.

Lamela telah diberikan perlepasan untuk kembali ke Amerika Selatan untuk menghadiri hal keluarga manakala Janssen mengalami kecederaan buku lali.

"Erik Lamela telah pulang ke Argentina pada Isnin dan akan kembali bersama pasukan secepat mungkin," katanya.

"Janssen masih belum pulih dan Dembele bakal terlepas aksi seterusnya kerana mengalami kecederan kaki."

Tottenham menduduki tangga kelima liga, tiga mata di belakang Manchester City dan tiga mata di hadapan Manchester United.