David de Gea menegaskan dia berasakan semakin baik pada permulaan musim penting dalam kariernya bersama Manchester United.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dihimpit dengan kritikan sejak musim lalu berikutan beberapa kesilapan yang dilakukan dan kini berdepan persaingan dengan Dean Henderson -- yang cemerlang ketika dipinjamkan kepada Sheffield United.

Henderson turut mempamerkan aksi cemerlang ketika penampilan sulung bersama United ketika menang 3-1 ke atas Luton Town dalam aksi Piala EFL tetapi De Gea kekal sebagai nombor satu menjelang aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Brighton and Hove Albion.

"Ramai yang tidak tahu saya baru sahaja berusia 29 tahun kerana telah banyak beraksi sebelum ini, tetapi saya berasakan di tahap terbaik dalam karier saya," katanya.

"Saya berasa sangat yakin dan positif, ia perkara paling penting bagi saya.

"Ia sangat bagus kerana dapat berlatih di sini setiap hari dengan jurulatih dan penjaga gol. Kami sentiasa cuba untuk mempelajari antara satu sama lain serta memberikan persaingan yang sihat."

De Gea berkata lagi, "Benar perlawanan ketika berdepan Palace bukan yang terbaik.

"Sekarang sudah tiba masa untuk memenangi perlawanan. Kami telah menamatkan musim lalu dengan baik jadi kami perlu berusaha untuk bermain dengan 10 perlawanan terakhir sebelum ini. Ia adalah cara yang diperlukan untuk kami bermain dengan baik.

"Perkara paling penting musim ini adalah memenangi gelaran, kami perlu berusaha untuk mendapatkannya kali ini."