De Gea penjaga gol terbaik dunia -- Mourinho

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2017 5832
De Gea penjaga gol terbaik dunia -- Mourinho
ARSENAL 1 MANCHESTER UNITED 3

Jose Mourinho mengangkat David de Gea sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia selepas pemain kebangsaan Sepanyol itu menjadi inspirasi kemenangan 3-1 United ke atas Arsenal.


Jesse Lingard menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan yang dihasilkan oleh Antonio Valencia untuk merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di laman lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama musim ini.

Bagaimanapun, pasukan pelawat memerlukan De Gea untuk menahan setiap asakan Arsenal sepanjang perlawanan, selepas pertahanan terakhir United itu mempamerkan persembahan terbaik bagi memastikan tiga mata dibawa pulang ke Old Trafford.

Alexandre Lacazette menjaringkan gol awal dalam babak kedua tetapi Mourinho mengakui De Gea cemerlang dalam aksi penting bertemu seteru mereka itu di Stadium Emirates.

"Saya memberitahunya selepas perlawanan -- apa yang saya lihat hari ini adalah penjaga gol terbaik dunia," kata Mourinho.

"Dalam perlawanan besar, anda memerlukan penjaga gol untuk bermain baik. Tetapi usaha yang dipamerkan secara keseluruhan oleh setiap pemain sangat baik.

"Ia merupakan perlawanan yang luar biasa. Saya gembira dengan cara kami bersaing. Tetapi saya turut menyifatkan Arsenal telah bermain dengan cemerlang, menyerang dan menyukarkan kami sepanjang perlawanan," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen