De Bruyne setaraf Messi, Ronaldo, Neymar -- Del Piero

Oleh Nafis Abdullah 3 April 2020 208
De Bruyne setaraf Messi, Ronaldo, Neymar -- Del Piero
Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne, kini setaraf dengan pemain terkemuka dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar, kata Alessandro Del Piero.

Messi dan Ronaldo tidak dinafikan selaku dua pemain terbaik dunia mengatasi dua bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe.

Namun, legenda Juventus, Del Piero, berpendapat De Bruyne patut dipertimbangkan dalam senarai bintang terbaik.

"Untuk mengenal pasti pemain terhebat, anda perlu nyatakan secara terperinci," katanya.

"Tambahan buat nama hebat seperti Messi, Ronaldo dan Neymar yang mampu menarik perhatian semua peminat, terdapat pemain yang mampu melakukannya, seperti De Bruyne."

De Bruyne telah meledakkan sembilan gol dan mencipta 18 bantuan jaringan dalam 35 perlawanan bagi semua kejohanan musim ini sebelum saingan ditangguhkan akibat wabak coronavirus.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen