De Bruyne cipta sejarah bantuan jaringan EPL

Oleh Staff Writer 22 Januari 2020 2784
De Bruyne cipta sejarah bantuan jaringan EPL
Kevin De Bruyne mencipta sejarah tersendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menjadi pemain pertama mencatatkan 15 bantuan jaringan atau lebih dalam tiga musim berbeza.

Perancang berbangsa Belgium itu membantu Sergio Aguero menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Manchester City menewaskan Sheffield United di Bramall Lane awal pagi tadi.

Dengan itu, De Bruyne kini merekodkan 15 bantuan jaringan sepanjang musim ini untuk menyaingi rekod yang dilakukannya dalam musim 2016-17 (18 bantuan jaringan) dan 2017-18 (16).

Pemain berusia 28 tahun itu juga sedang menikmati musim paling prolifik dengan menjaringkan tujuh gol dan menghampiri rekod lapan gol yang dilakukannya dua musim lalu.



Editor: Muzaffar Musa
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen