​Dakwaan terhadap Mourinho dibatalkan

Oleh Staff Writer 18 Disember 2018 523
​Dakwaan terhadap Mourinho dibatalkan
Jose Mourinho tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh Persatuan Bolasepak England (FA) selepas pesuruhjaya bebas membuat keputusan untuk membatalkan dakwaan menuturkan kata-kata kesat serta bahasa tidak sopan.

Manchester United ketinggalan 2-0 di Old Trafford ketika berdepan Newcastle United, Oktober lalu, tetapi tiga gol dalam 20 minit terakhir memberikan kemenangan buat mereka tatkala dia berdepan risiko dipecat ketika itu.

Selepas perlawanan, Mourinho didapati dalam televisyen menggunakan kata-kata kesat atau tidak sopan sewaktu meraikan kemenangan itu.

Pihak pesuruhjaya peraturan memilih untuk tidak mengenakan hukuman terhadap Mourinho kerana dakwaan itu tidak dapat dibuktikan sambil kenyataan pengendali itu dilihat tidak melibatkan sesiapa.

Pesuruhjaya juga menerima tindakan pengurus dari Portugal itu sambil melihat situasi yang berlaku tidak memberikan sebarang kesan.

Pihak FA melakukan rayuan November lalu dan disokong pihak pengurusan tertinggi tetapi semalam mereka mendapati dakwaan terhadap Mourinho telah dibatalkan.

"Pihak FA mengalu-alukan keputusan pengurusan tertinggi untuk menerima pembatalan dakwaan Mourinho menggunakan kata-kata kesat ketika aksi United menentang Newcastle, 6 Oktober lalu.

"Keputusan Pesuruhjaya Bebas Disiplin juga menghormati keputusan pengguguran dakwaan terhadap Mourinho," kata jurucakap FA.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen