Dua ikon Liverpool, Ian Rush dan Steven Gerrad, memberikan sokongan buat legenda kelab itu, Kenny Dalglish, yang diuji postif Covid-19.

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan keluarga Dalglish awal pagi tadi, bekas pemain kebangsaan Scotland berusia 69 tahun itu diuji positif tanpa bergejala.

Rush, yang berpasangan dengan Dalglish di jentera serangan Liverpool pada zaman 1980-an menulis dalam Instagram: "Mendoakan pemulihan yang segera buat Sir Kenny Dalglish. Semoga cepat sembuh #YNWA."

Wishing a speedy recovery to the best...Sir Kenny Dalglish. Get well soon #YNWA

A post shared by Ian Rush MBE (@ian_rush9) on


Gerrard merupakan kapten Liverpool ketika Dalglish bertindak sebagai pengurus pasukan itu di Anfield sehingga Mei 2012 dan kedua-dua individu itu memiliki hubungan yang akrab.

Pengurus Rangers itu menulis: "Semoga cepat sembuh King."

Penjaga gol Liverpool, Alisson, turut memberikan ucapan dengan berkata: "Ucapan kasih daripada keluarga Becker buat Sir Kenny Dalglish."

Bekas pemain, Robbie Kane, dan pemain tengah Liverpool, James Milner, kedua-duanya menulis: "Semoga cepat sihat Sir Kenny."

Ucapan sama turut dilaungkan oleh bekas penyerang England, Gary Lineker, dan Persatuan Bolasepak Scotland.

Celtic, yang merupakan kelab di mana Dalglish memulakan kariernya, berkata: "mengirimkan ucapan kasih dan doa terbaik buat @kennethdalglish selepas menerima berita malam ini. Semoga cepat sembuh King Kenny."

Bekas pertahanan tengah Blackburn, Colin Hendry, yang membantu pasukan Dalglish menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 1994-95, berharap agar bekas jurulatih berbangsa Scotland itu agar segera pulih seperti sedia kala.

Hendry menulis dalam Twitter: "Buat salah satu pengaruh terbesar dalam karier saya, idola zaman kanak-kanak saya, pengurus saya, King Kenny, ia satu lagi perlawanan yang akan anda menangi. Saya amat pasti."