Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, berkata dia kini pulih sepenuhnya selepas dijangkiti coronavirus tatkala saingan Liga Perdana Inggeris ditangguhkan.

Mac lalu, Rodgers mendedahkan seramai tiga pemain The Foxes menunjukkan simptom Covid-19 dan diasingkan untuk tujuan berjaga-jaga.

Saingan tertinggi di England ditunda beberapa hari kemudian tetapi pemain telah dibenarkan untuk sesi latihan memandangkan aksi liga akan bersambung pada 17 Jun depan.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, sebelum ini berkata dia bergelut untuk bernafas.

"Saya dan isteri mengharunginya selepas saingan ditangguhkan. Sebulan kemudian, kami bergelut tanpa perasaan," katanya.

"Saya tidak memiliki kekuatan dan sangat berelut termasuk isteri saya. Saya telah menjalani ujian dan kedua-dua kami berjaya.

"Ia mengingatkan saya tentang mendaki di Mount Kilimanjaro, di mana jika mendaki lebih tinggi, ia menyebabakan anda sesak nafas.

"Berjalan sejauh 10 ela sangat berbeza. Saya berlari dan gagal. Saya rasa sangat lemah, tiada selera makan dan melalui keadaan pelik, tiada deria rasa selema tiga minggu."

Leicester kini menduduki tangga ketiga liga sebelum saingan dihentikan dan dijadualkan akan melalui kunjungan hormat tanpa deria rasa.