Covid-19: Pemain Liga Perdana Inggeris seperti tikus makmal -- Rose

Oleh Nafis Abdullah 20 Mei 2020 406
Covid-19: Pemain Liga Perdana Inggeris seperti tikus makmal -- Rose
Danny Rose mendakwa pemain dalam Liga Perdana Inggeris dilayan seperti tikus makmal dalam usaha menawarkan hiburan ketika wabak coronavirus.

Bintang England, Rose, berkata demikian ketika temubual dengan Lockdown Tactics yang dikendalikan oleh bekas penyerang Scotland, Kris Boyd, dan pemain tengah West Ham United, Robert Snodgrass.

"Saya bertarung nyawa untuk kembali ke saingan bola sepak," katanya.

"Saya tahu orang ramai melalui coronavirus lebih teruk berbanding saya, jadi saya tidak akan merungut.

"Cuma, cadangan orang ramai untuk kami kembali beraksi, ia kelihatan kami digunakan seperti khinzir hutan atau tikus makmal, kembali ke padang di lihat jika ia berhasil.

"Saya boleh bayangkan orang ramai di rumah berkata mengenai bayaran yang diterima pemain bola sepak sehingga menyebabkan perlu kembali.

"Jadi, saya akan berpotensi mempertaruhkan nyawa untuk hiburan orang ramai dan ia bukan sesuatu yang saya inginkan, secara jujur."

Semalam, seramai enam orang didapati positif coronavirus dalam satu ujian yang dijalankan terhadap kelab Liga Perdana Inggeris dan menjalani proses pengasingan.

Rose maklum mengenai perancangan 'Project Restart' yang menyaksikan saingan di England akan bersambung bulan depan.

Pemain berusia 29 tahun itu mengharungi babak kedua musim 2019-20 bersama Newcastle United selepas dipinjam daripada Tottenham Hotspur.

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen