Covid-19: Liga Perdana Inggeris sahkan satu lagi kes positif

Oleh Muzaffar Musa 19 Jun 2020 3591
Covid-19: Liga Perdana Inggeris sahkan satu lagi kes positif
Ujian saringan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris mendapati terdapat satu kes positif Covid-19.

Secara keseluruhan, 1,514 pemain dan pegawai daripada beberapa pasukan menjalani sesi ujian saringan kesembilan itu pada Isnin dan Selasa lalu.

Awal pagi tadi, Liga itu mengumumkan bahawa terdapat seorang individu yang dikesan positif Covid-19 dan akan menjalani pengasingan selama tujuh hari.

Liga divisyen utama England itu akan kembali meneruskan saingan secara terutup dan ketika tempoh di antara sampel itu diambil dan keputusannya dikeluarkan, dua perlawanan pertama sudahpun berlangsung semalam.

Selepas Aston Villa dan Sheffield United terikat 0-0, di mana jaringan kemenangan pasukan pelawat itu dinafikan secara kontroversi di Villa Park, Manchester City pula mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Arsenal di laman sendiri.

Sejak kelompok pertama menjalani ujian saringan itu pada 17 dan 18 Mei lalu, di mana terdapat enam kes positif daripada 748 sampel yang diambil, ujian saringan ketiga mencatatkan kes positif tertinggi, iaitu sebanyak empat kes daripada ujian yang dijalankan pada 25 dan 26 Mei lalu.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen