Pihak Liga Perdana Inggeris mengesahkan satu kes positif coronavirus daripada ujian diadakan baru-baru ini.

Pada 8 dan 9 Jun lalu, terdapat 1,214 ujian dijalankan terhadap pemain dan staf pasukan.

Sebelum itu, dalam maklumat yang diumumkan Sabtu lalu, tiada kes terbaru diraih.

Sejak keputusan fasa pertama di antara 17 dan 18 Mei lalu, terdapat enam kes diraih daripada 748 sampel sambil empat kes didapati dalam ujian pada 25 dan 26 Mei lalu.

"Hari ini, Liga Perdana Inggeris boleh mengesahkan bahawa pada 8 dan 9 Jun lalu, terdapat 1,214 ujian dijalankan terhadap pemain dan staf pasukan sambil satu didapati positif," kata wakil liga.

"Kami mendedahkan keputusan ini bagi memastikan ia telus dan jelas.

"Tiada sebarang maklumat terperinci mengenai kelab atau individu itu akan didedahkan selepas ujian dijalankan."

Liga Perdana Inggeris akan bersambung Rabu depan tatkala Manchester City berdepan Arsenal sambil Aston Villa melayan kunjungan Sheffield United.