Jurgen Klopp tidak terganggu mengenai persoalan di mana Liverpool akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.

Saingan tertinggi England dijadualkan akan bersambung pada 17 Jun depan susulan penangguhan selama tiga bulan ekoran wabak coronavirus tatkala The Reds memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan.

Bagaimanapun, polis telah mminta agar enam daripada 92 baki perlawanan -- termasuk aksi yang bakal menyaksikan Liverpool boleh mengesahkan status juara -- diadakan di venue berkecuali.

Semalam, ketua eksekutif Liga Perdana Inggeris, Richard Masters, mendedahkan keputusan mengenai venue untuk Liverpool mengharungi baki perlawanan dijangka akan dibuat minggu depan.

Namun, Klopp tidak kisah jika anak buahnya perlu beraksi di venue berkecuali dan jika ia berlaku, dia gembira untuk melihat peluang menamatkan penantian trofi liga selama 30 tahun di atas padang.

"Pada waktu ini, di mana sahaja ia diadakan, berbekalkan ingatan, doa serta kasih sayang daripada orang ramai, ia tetap akan menjadi hari istimewa untuk saya," katanya.

"Di mana lokasi, saya tidak tahu. Kami harap ia akan diadakan di Anfield tetapi kami tidak tahu dan ia tidak penting. Saya yakin kami dapat menangani situasi ini.


"Kami menunggu dan melihat situasi ini. Namun, ia belum selesai. Tidak kira jika kami perlu tamatkan liga atau ia tidak akan berlaku.

"Kami mahu berain dan kini terdesak kerana kami mahu bergelar juara di atas padang dan ketika ini, ia tampak mampu dilakukan.

"Ia tidak akan sempurna seperti sebelum ini. Kami mahu memilikinya dan lihat bagaimana perasaan menikmatinya. Saya yakin ia akan jadi sesuatu yang indah."