Jurgen Klopp teruja untuk menyaksikan skuad kendaliannya, Liverpool, kembali ke pusat latihan tetapi sedar mereka perlu mengerah sepenuh kudrat apabila Liga Perdana Inggeris bersambung.

Saingan tertinggi England ditangguhkan pada Mac lalu susulan wabak coronavirus tatkala The Reds hanya dibezakan dua kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan liga pertama dalam tempoh 30 tahun.

Klopp bakal mengendalikan sesi latihan semula hari ini dalam kelompok kecil dan pengendali dari Jerman itu sedia untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap saingan kompetitif yang masih belum diumumkan tarikh sebenar untuk disambung.

"Saya berada di awangan," katanya.

"Saya tidak sabar dan sangat gembira kami dapat melakukannya semula, kembali ke Melwood, memiliki kelompok kecil untuk sesi latihan.

"Ia bakal menjadi getir buat jurulatih kerana memandangkan ia melibatkan kelompok kecil, ia bakal melibatkan banyak sesi tetapi kami mempunyai masa cukup untuk berehat. Memang tidak sabar."

Semalam, satu pengumuman dilakukan di mana ujian coronavirus telah dijalankan terhadap 748 pemain dan staf pasukan dalam Liga Perdana Inggeris, menyaksikan enam kes positif tetapi nama tidak didedahkan.

Saingan diharapkan kembali bersambung pada bulan depan dan Klopp mahu melihat anak buahnya kembali beraksi di pusat latihan.

"Apabila kami bersambung, ia akan bermula semula untuk segalanya. Saingan akan menjadi tegang," tambahnya.

"Ia bukan Liverpool akan memenangi liga dalam dua kemenangan. Ia bukan hanya dua tetapi melibatkan dua kemenangan.

"Kami harus mendapatkannya, bukan meraihnya dalam dua aksi terakhir atau sebagainya.

"Kami mahu mempamerkan aksi bola sepak terbaik, lebih bagus daripada pasukan yang bersaing untuk slot Liga Juara-Juara Eropah atau kekal dalam liga."