Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante, kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya, semalam.

Ekoran sebab peribadi melibatkan wabak coronavirus, Kante dibenarkan untuk berlatih di rumah tatkala Chelsea kembali memulakan latihan di Cobham, bulan lalu.

Pemenang Piala Dunia itu dilaporkan gembira untuk tidak menyertai pasukan bagi baki saingan musim ini sambil Liga Perdana Inggeris dijadualkan bersambung pada 17 Jun ini.

Namun, dia kembali bersama pasukan ketika The Blues mempersiapkan diri untuk menentang Aston Villa, Ahad depan.

Kante hanya beraksi lima kali buat Chelsea pada tahun ini selepas mengalami kecederaan paha sebelum saingan di Eropah ditangguhkan.

Skuad kendalian Frank Lampard itu kini menduduki tangga keempat liga dengan saingan berbaki sembilan perlawanan dan bakal berdepan Leicester City dalam suku akhir Piala FA, 28 Jun ini.

Aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich -- di mana The Blues tewas 3-0 dalam pertemuan sebelum itu -- dijangka akan dijalankan selepas saingan domestik berakhir.