Covid-19: Heung-min selesaikan khidmat ketenteraan di Korea Selatan

Oleh Muzaffar Musa 7 April 2020 5172
Covid-19: Heung-min selesaikan khidmat ketenteraan di Korea Selatan
Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, akan menyelesaikan khidmat ketenteraannya di Korea Selatan sepanjang penggantungan Liga Perdana Inggeris, demikian disahkan kelabnya.

Heung-min dikuarantin di Korea Selatan selepas pulang ke negaranya itu pada penghujung bulan lalu selepas bola sepak di England terpaksa ditrangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang tidak pernah beraksi sejak Februari lalu selepas retak tulang tangan, akan kembali memperkuatkan Spurs bulan depan.

Heung-min dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan mandatori selama 21 bulan selepas membantu Korea Selatan meraih pingat emas dalam Sukan Asia pada september 2018 tetapi masih perlu melengkapkan baki program selama empat minggu itu menjelang musim 2020-21.

Bagaimanapun, dengan Liga Perdana difahamkan tidak akan bersambung pada awal bulan depan, dia akan menggunakan waktu itu untuk melengkapkan perkhidmatannya.

"Kakitangan perubatan sentiasa berhubung dengannya sehingga dia (Heung-min) melengkapkan pemulihannya selepas mengalami keretakan lengan dalam kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa pada 16 Februari lalu dan meneruskan latihan," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Tottenham.

"Sonny telah menjalani pembedahan di tangannya di Korea Selatan sebelum kembali ke UK pada akhir Februari lalu untuk meneruskan pemulihannya, sebelum pengumuman awal perlawanan profesional di England digantung sebagai akibat daripada pandemik COVID-19.

"Liga Perdana mengumumkan bahawa musim 2019-20 hanya akan bersambung sekiranya ia 'selamat dan sesuai untuk disambung' dan ia sentiasa berada dalam penilaian.

"Son akan kembali ke London selepas melengkapkan khidmat ketenteraannya pada Mei ini," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Stay safe💙#hometeam @adidas

A post shared by Son HeungMin(손흥민)🇰🇷 (@hm_son7) on

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen