Persatuan Bolasepak England (FA) masih berharap perlawanan Aston Villa menentang Liverpool dalam Piala FA masih dapat diteruskan awal pagi esok dan satu keputusan akhir akan ditentukan selepas ujian saingan koronavirus berikutnya.

Villa mengumumkan semalam bahawa mereka terpaksa menutup Pusat Latihan Bodymoor Health selepas "peningkatan membimbangkan jangkitan COVID-19" di kelab itu dengan pasukan utama mereka turut membatalkan sesi latihan selepas sebahagian besar pemain dan staff mereka diuji positif virus berkenaan.

Status pertemuan pusingan ketiga Piala FA dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan kini menjadi tanda tanya walaupun diharapkan perlawaan itu tidak perlu ditunda.

Satu kenyataan yang dikeluarkan FA berkata: "Persatuan Bolasepak England dan Aston Villa sedang bekerjasama erat untuk mencuba memastikan perlawanan pusingan ketiga Piala FA dengan Liverpool itu dapat berjalan seperti yang dirancangkan di Villa Park.

"Pengesahan akhir akan dilakukan esok berdasarkan keputusan ujian saringan tambahan yang dilakukan."