Coutinho enggan tetapkan masa depan bersama Liverpool

Oleh Penulis Jemputan 18 Disember 2017 197
Coutinho enggan tetapkan masa depan bersama Liverpool
Philippe Coutinho menolak peluang untuk menetapkan masa depannya bersama Liverpool selepas meledak gol ketika membantu pasukan meraih kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Pemain kebangsaan Brazil itu melakukan gerakan solo sebelum membuka jaringan di Stadium Vitality sebeleum melakukan umpanan kepada gol-gol berikutnya bagi memastikan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu kembali menghuni tangga keempat liga.

<blockquote class="twitter-tweet" data-lang="en"><p lang="en" dir="ltr">Bournemouth defenders look genuinely afraid of Coutinho in the build up to that goal..<a href="https://twitter.com/hashtag/LFC?src=hash&amp;ref_src=twsrc%5Etfw">#LFC</a> <a href="https://t.co/Lb5kvAqFzd">pic.twitter.com/Lb5kvAqFzd</a></p>&mdash; Robbie Fahy (@RFahy00) <a href="https://twitter.com/RFahy00/status/942437887714496512?ref_src=twsrc%5Etfw">December 17, 2017</a></blockquote>
<script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Tetapi Barcelona telah dilaporkan kembali berminat mendapatkan khidmat Coutinho dan dia menegaskan tidak akan menjelaskan mengenai masa depannya.

"Saya sentiasa menyatakan perkara yang sama, saya cuba untuk menikmati setiap saat di atas padang," kata Coutinho.

"Saya sangat suka bermain bola sepak dan sentiasa cuba memberikan yang terbaik.

"Ia merupakan gol yang cantik tetapi perkara paling utama adalah Liverpool melakar kemenangan, kami sangat gembira meraih tiga mata.

"Setiap orang menikmati saat di atas padang, pengurus kadang kala cuba melakukan perubahan tetapi setiap pemain di atas padang cuba memberikan yang terbaik buat Liverpool," katanya.

Mohamed Salah, Dejan Lovren dan Roberto Firmino turut berjaya memahat nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen