CHELSEA 2 BRIGHTON 0

Antonio Conte memuji prestasi Alvaro Morata selepas penyerang Sepanyol itu menjaringkan golnya yang ke-10 dalam Liga Perdana musim ini dalam kemenangan 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion di Stamford Bridge, awal pagi tadi.


Morata bekerja keras ketika 45 minit pertama tetapi berpuas hati apabila menemui jaring selepas menerima hantaran Cesar Azpilicueta -- bantuan gol kali keenam daripada rakan senegaranya itu pada musim ini -- pada minit pertama separuh masa kedua.

Marcos Alonso kemudian menambah jaringan untuk membawa juara bertahan itu menghampiri satu mata di belakang Manchester Untied yang berada di tempat kedua.

"Morata adalah pemain nombor sembilan kami dan juga pemain penting," kata Conte.

"Hari ini dia bermain dengan baik, komitmennya sangat bagus. Tetapi saya gembira dengan komitmen semua pemain saya."

Morata tidak beraksi akibat penggantungan ketika Chelsea memiliki 25 percubaan tanpa sebarang gol ketika seri 0-0 di Everton pada Sabtu lalu dan Conte bimbang pasukannya berada dalam situasi sama menentang Brighton.

"Pada babak pertama, kami mempunyai peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi tidak berjaya," katanya. "Di atas sebab ini, ia menjadi sukar kerana lawan kekal 10 pemain di belakang bola.

"Pada babak kedua, kami menyelesaikannya dengan baik dan mencipta banyak peluang. Ia adalah prestasi baik.

"Ini prestasi yang sama menentang Everton -- kami membuat 25 percubaan menentang Everton tetapi hari ini kami menjaringkan dua gol. Kami berada dalam tempoh yang baik untuk meneruskan laluan," katanya lagi.