Antonio Conte berharap untuk mengikut jejak langkah bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho, dan membina legasi di Stamford Bridge.

Mourinho kembali ke Stamford Bridge pada Ahad sebagai pengurus Manchester United dan pengendali Chelsea yang paling berjaya.

Pakar taktikal kelahiran Portugal itu telah membawa Chelsea memenangi tiga takhta Liga Perdana Inggeris dalam dua musim, termasuk kali pertama kelab itu memenanginya dalam tempoh 50 tahun pada 2005.

Era Mourinho di Stamford Bridge tamat pada Disember lalu kerana gagal mempertahankan gelaran dan memberikan peluang kepada Conte untuk mengambil alih jawatan tersebut untuk musim 2016-17.

Conte menyedari pencapaian Mourinho bersama The Blues, dengan bekas ketua jurulatih Itali itu mahu mencipta nama bersama kelab barunya.

"Jose adalah seorang pengurus yang penting dalam kisah kelab ini," jelas Conte.

"Saya berharap untuk bekerjasama dengan kelab ini dalam tempoh jangka panjang untuk membina sesuatu yang penting, untuk masa kini serta masa depan.

"Adalah amat penting untuk memiliki masa bagi membina sesuatu, kerana kami perlu bekerja keras untuk melaksanakan sesuatu yang sangat penting.

"Ketika saya menandatangani kontrak bersama Chelsea, saya mempunyai tempoh selama tiga tahun.

"Di dalam minda saya adalah untuk kekal di sini selama tiga tahun dan membawa kejayaan kembali ke kelab ini."

Chelsea menduduki tangga kelima selepas lapan perlawanan, dua mata di hadapan United.