Jurulatih Chelsea, Antonio Conte, membidas Jose Mourinho dengan memberitahu pengurus Manchester United agar memikirkan pasukannya sendiri.

Conte berdepan beberapa masalah kecederaan dalam skuadnya ketika seri 3-3 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan AS Roma, awal pagi tadi.

Selepas kemenangan 1-0 United di Benfica, Mourinho menyerang pengurus itu yang mengeluh tentang kecederaan.

"Saya tidak pernah bercakap mengenai kecederaan," katanya. "Pengurus lain, mereka menangis, mereka menangis, mereka menangis apabila pemain cedera."

Mengulas komen Mourinho itu, Conte tidak terkejut dan memberitahu pengurus Portugis itu supaya berhenti bimbang dengan bekas kelabnya itu.

"Jika dia bercakap tentang saya, saya fikir dia perlu memikirkan pasukannya sendiri dan mula melihat diri sendiri, bukan yang lain," kata Conte yang berasal dari Itali itu.

"Saya fikir Mourinho menghabiskan banyak masa situasi di Chelsea. Banyak kali ia berlaku, begitu juga pada musim lalu.

"Dia perlu memikirkan pasukannya."

N'Golo Kante, Danny Drinkwater dan Victor Moses tersisih dalam skuad The Blues, manakala David Luiz (betis) dan Tiemoue Bakayoko (paha) turut berdepan masalah selepas menentang Roma.