Antonio Conte memuji prestasi Diego Costa kerana memberikan tumpuan terhadap persembahannya untuk Chelsea musim in, tetapi yakin penyerang itu mampu mempertingkatkan lagi mutu permainannya.

Costa merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 12 gol, lebih satu gol daripada penyerang Arsenal, Alexis Sanchez.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan kunci kejayaan Chelsea untuk menang sembilan perlawanan berturut-turut.

Di sebalik persembahan cemerlang Costa, Conte berasakan pemain berusia 28 tahun itu mampu memberikan lebih lagi untuk Chelsea.

"Costa telah mempamerkan aksi yang mantap sepanjang musim dan saya amat berpuas hati dengan persembahannya," kata Conte.

"Dia merupakan pemain yang sangat bersabar. Dia memberikan tumpuan kepada permainan dan melakukan pergerakan yang betul. Saya yakin dia mampu mempertingkatkan lagi mutu permainannya."

Conte akan membawa pasukannya bertandang ke Stadium of Light untuk bertemu Sunderland dalam misi mencari kemenangan dalam 10 perlawanan berturut-turut.

"Kami sudah bersedia menghadapi banyak perlawanan bagi penghujung tahun ni. Saya sangat gembira hasil usaha kami membuahkan hasil setakat ini."