Conte cari pengganti Oscar ketika jendela perpindahan Januari

Oleh Stefan Coerts 19 Disember 2016 3
Conte cari pengganti Oscar ketika jendela perpindahan Januari

Pengurus Chelsea, Antonio Conte, berkata pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan cuba mendapatkan pemain-pemain baru ketika jendela perpindahan Januari ini.

N'Golo Kante, Michy Batshuayi, Marcos Alonso dan David Luiz merupakan pemain yang berhijrah ke Stamford Bridge pada awal musim 2016-17, namun mereka bakal kehilangan khidmat pemain tengah Brazil, Oscar yang menerima tawaran dari China untuk beraksi bersama Shanghai SIPG.

Conte bersedia untuk mencari pengganti bagi memperkukuhkan lagi pasukan untuk memenangi takhta liga musim ini.

"Kami sangat berpuas hati dengan pencapaian kami setakat ini tetapi kami harus memastikan kedudukan kami tidak tergugat bagi menghadapi penghujung musim nanti," kata Conte.

Chelsea kini berada di tahap terbaik ketika ini, dengan memenangi 11 perlawanan EPL berturut-turut, tetapi Conte berasakan pemain-pemainnya masih memiliki ruang untuk penambahbaikan, terutama sekali di depan gol.

"Saya berasakan kami mampu menjaringkan lebih banyak gol ketika berdepan Crystal Palace pada Sabtu tetapi kami hanya dapat menjaringkan satu gol.

"Kami mampu mempertingkatkan lagi mutu permainan kami kerana terdapat beberapa perlawanan yang anda harus berjuang sehingga penghujung perlawanan."

Chelsea bakal menerima kunjungan Bournemouth dalam aksi sehari selepas Krismas.

 

Tentang Penulis

Stefan Coerts

Komen