Pengurus Chelsea, Antonio Conte, mengakui "sukar" untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu menewaskan Chelsea 1-0 bulan lalu untuk mendahului saingan dengan kelebihan lapan mata selepas 11 perlawanan.

Manchester United dan Tottenham adalah antara pasukan yang paling rapat manakala penyandang juara itu berada di tangga keempat.

Conte mencadangkan perbelanjaan City sudah mulai membuahkan hasil dalam persaingan menduduki takhta liga.

"Manchester City bermain dengan baik dan sukar untuk mengejar mereka. Jika meneruskan prestasi ini, City dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai EPL msuim ini.

"Tetapi saya berasakan enam pasukan elit di England akan berusaha menjuarainya. Kami perlu berjuang hingga penamat. Ia adalah satu tugas yang sukar," katanya.

Chelsea akan berkunjung ke West Brom hari ini sebelum berdepan Liverpool, minggu depan.