Manchester City menandatangani Ruben Dias daripada Benfica dengan perpindahan yang melibatkan permbayaran pendahuluan €68 juta (RM329.7 juta) dengan Nicolas Otamendi menuju ke haluan bertentangan dengan satu kesepakatan berbeza.

Pemain kebangsaan Portugal, Dias, 23, merupakan tonggak Benfica dalam saingan Primeira Liga sejak tiba daripada akademi pasukan itu dalam musim 2017-18.

Dias sebelumnya dikaitkan untuk menyertai beberapa kelab gergasi Eropah, termasuk Manchester United, tetapi pasukan seteru, City, kini mencapai kesepakatan untuk memiliki pemain itu daripada Benfica.

Berita mengenai pemain Portugal itu diumumkan dalam laman web rasmi Benfica selepas kelab itu turut mengesahkan kedatangan Otamendi, yang kini perlu menjalani ujian kesihatan, dengan tanda harga €15 juta (RM72.7 juta).

City akan melunaskan bayaran tambahan €3.6 juta (RM17.4 juta) jika Dias dapat mencapai perstasi seperti yang ditetapkan dalam klausa perpindahannya itu.

Kedatangan Dias menamatkan pencarian pertahanan tengah sebelah kanan oleh Pep Guardiola, 16 bulan selepas bekas kapten, Vincet Kompany, meninggalkan Stadium Etihad untuk menyertai Anderlecht.

Otamendi pula -- yang pernah bermain mewakili seteru Benfica, Porto, dari 2010 hingga 2014 -- menghabiskan lima tahun bersama City dan melakukan 31 penampilan utama dalam kesemua kejohanan musim lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala EFL, dua Perisai Komuniti dan satu kejuaraan Piala FA sepanjang berada di Manchester sejak tiba daripada Valencia pada 2015.